Don't Wanna Lie
Don't Wanna Lie

Don't Wanna Lie

Don't Wanna Lie (Tidak Mahu Menipu) adalah single ke-49 dari kumpulan duo Jepun B'z. Single ini telah dipasarkan pada 1 Jun 2011. Single ini juga mula dengan cemerlang dalam carta Oricon, mendapat kedudukan "1" dalam carta mingguan Oricon dengan menjual sebanyak 160,000 salinan dan dijadikan single B'z yang ke-45 berturut-turut yang mendapat kedudukan nombor "1" dalam carta mingguan oricon. Lagu utama single ini digunakan sebagai lagu penutup dalam siri filem Detektif Conan ke-15 iaitu Detective Conan: Quarter of Silence dan juga digunakan sebagai pembukaan tema untuk anime Detektif Conan dari episod 613 (30 April 2011) hingga 626 (30 Julai 2011).[1]

Don't Wanna Lie

Dikeluarkan pada 1 Jun 2011
Sisi B Homebound
Panjang 4 minit 6 saat
Genre Hard rock, blues rock, J-Pop
Syarikat Vermillion Records